Powered by Blogger.




RANGKAIAN PENANG



Pengurus
HUBUNGI: MOHAMAD ASRI BIN MAINON - 019-4112095



Pengarah
NORAZIZAH BINTI MAJID - 019-5024015

ALAMAT: PENFOOD INDUSTRIES, JALAN TASEK GELUGOR
SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG

Sebelum memulakan perniagaan 14 tahun lalu, seorang jurutera logam, Mohamad Asri Bin Mainon mempunyai idea yang dianggapnya menarik iaitu mencuba perniagaan minuman air kacang soya secara komersial dan mempelopori pasaran baru dengan ideanya.
Bagi beliau, langkah itu akan membuka ruang perniagaan produktif kerana soal persaingan serta halangan tertentu dapat diminimumkan.
“Majoriti masyarakat di Negara ini kecuali orang Cina tidak begitu biasa dengan minuman air kacang soya, jadi dengan pasaran yang tertumpu di sekolah, kilang dan peniaga kecil-kecilan, saya rasakan produk berprotein tinggi ini sesuai dipasarkan di mana-mana sahaja” kata Mohamad Asri ketika menyorot kembali sejarah perniagaannya.

Mohamad Asri bertekad, dengan menggadai status jurutera logam, untuk melibatkan dirinya secara sepenuhnya di dalam perniagaan beliau pada tahun 2004.
“Diawal perniagaan memang diketahui sebagai masa yang amat mencabar bagi peniaga, saya yang baru mula belajar berniaga juga tidak terkecuali.
“Dengan tekad untuk memajukan perniagaan,saya mengambil keputusanmembuka perniagaan dan menerima hakikat bahawa saya kena bersaing dan memasuki pasaran yang telah tersedia iaitu pasaran di kalangan orang Cina,” tambah beliau.

Dengan menyewa sebuah premis di Jalan Tasek Gelugor, Mohamad Asri mendalami bidang pembuatan dan pengedaran soya dan menjadikan kawasan sekitar Seberang Perai, Pulau Pinang sebagai pasarannya.
Keadaan ini berlaku kerana beliau memilih untuk tidak menjual soya yang diprosesnya dalam paket seperti jenama terkenal, tetapi memasuki pasaran berkuantiti besar.
Encik Nasir berpendapat beliau lebih yakin menjualnya kepada restoran, peniaga gerai, kantin sekolah, kilang dan sebagainya.

“proses pengeluaran bermula pukul 3 pagi dan proses penghantaran bermula pukul 6.30 pagi dan selesai pukul 9.30 pagi, semuanya dilakukan dengan menitik beratkan rasa, kualiti, kepuasan pelanggan dan khasiat,” kata beliau.
Syarikat milik Mohamad Asri yang mempunyai 5 orang pekerja, kini mengeluarkan kira-kira 1.5 tan produk soya segar setiap hari.
Operasinya bukan hanya terhad di Pulau Pinang tetapi  kini rangkaiannya telah di buka di Sungai Besar, Selangor.
“Kita akan bergerak lebih jauh lagi,” kata Mohamad Asri.
“Kami akan bekerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) serta Sirim Bhd. Saya akan meningkatkan kaedah pembungkusan produk itu,” kata beliau yang akan bergerak setapak lagi dengan pemasaran menggunakan kaedah pembotolan. sebagai persediaan mengembangkan perniagaan dalam menghadapi cabaran masa depan terutamanya dengan mendapatkan pengiktirafan daripada pihak berkuasa kerajaan.

LinkWithin

Adakah Anda Berpuas Hati Dengan Isi Kandungan Blog Ini?

AL BARAKAH GLOBAL FOOD INDUSTRIES.

::"Rakan Niaga Anda" www.albarakahgfi.blogspot.com::
Lot 3823, Parit 13 Sg Panjang, 45300 Sungai Besar, Selangor. MALAYSIA.
019-5566976 (Mohamad Bohari) 017-4713475 (Rosnah) e-mail:albarakahgfi@yahoo.com

© Hakcipta Terpelihara 2007

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP