Ataupun datang sendiri ke:
Lot 3823 Parit 13, Sungai Panjang
45300 Sungai Besar
Selangor
Air kacang soya keluaran Al Barakah Global Food Industries mampu bertahan selama 7 hari maksimum. Pada hari pertama penghantaran kami, air kacang soya kami hanya mampu untuk bertahan sehingga pukul 6 pm tanpa dicampur dengan ketul ais. Cara-cara untuk menyimpan air kacang soya dengan lebih lama ialah:-
1. Anda harus pastikan air soya sejuk (hampir ke suhu normal) jika masih hangat, rendamkan dahulu ke dalam takungan air.
*10kg air kacang soya memerlukan 1 jug kecil ketul ais untuk dicampur di dalamnya.
*20kg air kacang soya memerlukan 2 jug kecil ketul ais untuk dicampur di dalamnya.
2. Kemudian pastikan anda mengikat bungkusan tersebut dengan baik supaya tiada udara di dalamnya.
3. Akhir sekali, letakkan bungkusan tersebut ke dalam tong ais yang mengandungi ketul ais (tenggelamkan bungkusan soya tadi ke dalam ais ketul) ataupun masukkannya ke dalam peti ais ( jangan masukkan ke tempat beku)
Jika anda mengikut langkah-langkah diatas, air kacang soya kami dapat bertahan lebih lama, masih berkualiti dan sedap diminum.
Cara-cara untuk mengetahui bahawa air kacang soya kami telah rosak atau basi ialah:-
1. Diatas permukaan air akan timbul biji-biji.
2. Buih-buih pelik akan dapat dilihat.
3. Bau yang pelik.
AL BARAKAH GLOBAL FOOD INDUSTRIES.
::"Rakan Niaga Anda" www.albarakahgfi.blogspot.com::
Lot 3823, Parit 13 Sg Panjang, 45300 Sungai Besar, Selangor. MALAYSIA.
019-5566976 (Mohamad Bohari) 017-4713475 (Rosnah) e-mail:albarakahgfi@yahoo.com
© Hakcipta Terpelihara 2007
© Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP
No comments:
Post a Comment