Powered by Blogger.




Wednesday, 28 March 2012

KHASIAT TAU FU FAH


Tau fu fah adalah daripada bahan asasnya iaitu kacang soya. mari kita lihat di bawah untuk melihat khasiat yang terdapat dalam kacang soya dan protien soya :
  • Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.
  • Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.
  • Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
  • Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.
  • Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.

Khasiat Kacang Soya Mampu Membesarkan Payudara?


Kacang soya atau kedelai merupakan jenis kekacang yang mempunyai pelbagai jenis khasiat. Ada penelitian menyatakan dengan pengambilan makanan berprotein tinggi seperti makanan berasaskan kacang soya seperti tahu, tempe dan susu kacang soya mampu membuatkan payudara sihat dan tegang.
 
Tanpa perlu mengambil risiko dengan melakukan pembedahan plastik atau suntikan silikon, payudara boleh dirawat secara alamiah. Yang lebih mengejutkan lagi, soya dapat menjauhkan wanita dari ancaman kanser payudara. 
Soya termasuk dalam kategori makanan yang dapat meningkatkan kadar hormon termasuk estrogen dan prolaktin yang secara langsung dapat memperbesar ukuran dan bentuk jaringan payudara.

Sedangkan tahu dan tempe memiliki zat seperti genistein dan daidzein yang secara alamiah terdapat dalam soya dan kekacang. Zat tersebut adalah bagian dari kelas molekul yang disebut isoflavon, yakni zat mirip estrogen yang dapat mempengaruhi hormon-hormon dalam tubuh manusia.

Amalan pemakanan berasaskan kacang soya sudah lama dipraktikkan turun-temurun berdasarkan teori dan tradisi oleh kaum wanita dengan mempercayai ia dapat memberikan impak kecantikan pada tubuh agar kulit halus, cerah, payudara tetap tegang serta membekalkan kandungan susu badan bagi ibu-ibu mengandung. 

National Institutes of Health (NIH) mengakui penggunaan kacang soya sebagai makanan yang boleh memperbesar payudara. Kajian menunjukan bahwa isoflavon memang mempunyai efek baik yang membantu kesihatan wanita. Namun perlu diingat, ia harus diambil secara wajar dan tidak berlebihan agar tidak menimbulkan risiko.

Tuesday, 27 March 2012

Khasiat Tempe

Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta komponen antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan. Selain itu, tempe juga meningkatkan nilai pengambilan gizi harian kita, seperti kadar vitamin B2, vitamin B12, niasin, dan asam pantorenat

Hasil daripada analisis, gizi tempe menunjukkan kandungan niasin sebesar 1.13 mg/100 gram berat tempe yang dapat dimakan. Tempe juga dipercayai dapat mencegah anemia dan osteoporosis, dua penyakit yang bayak dialami para wanita, kerana tubuh wanita yang mengalami haid, hamil serta menyusukan bayi. Penyakit anemia ini dapat menyerang wanita yang malas makan, kerana takut gemuk, sehingga menyebabkan penghasilan sel-sel darah merah dalam tubuh menurun. Di dalam tempe juga terdapat suatu zat antioksidan
dalam bentuk isofalvon. Seperti vitamin C, E dan karotenoid, isoflavon merupakan antioksidan yang sangat diperlukan tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Penelitian yang dilakukan di Universitas North Carolina, Amerika Serikat, penemuan bahawa genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada tempe ternyata dapat mencegah kanser prostat, payudara dan penuaan (aging). Oleh itu, cara terbaik untuk mengoptimakan khasiat tempe bagi tubuh kita adalah dengan mengambilnya setiap hari dalam pemakanan harian sewajarnya. Bagi mengelakkan kebosanan, pengambilan dalam pelbagai jenis masakan tempe adalah perlu. Seperti di Malaysia, kita masih punya banyak pilihan masakan berasaskan tempe seperti lontong, sambal goreng, masak lemak, dan sebagainya. Walau bagaimana pun bagi mengelakkan zat-zat yang bermanfaat itu tak banyak terbuang dalam proses pemasakan, tempe
sebaiknya dimasak dengan menu seperti sup, berkuah (berempah), atau rebus. Cara tersebut lebih efektif untuk khasiatnya, berbanding digoreng.



Di senaraikan 10 Khasiat Tempe buat panduan pembaca ;

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi diare.- nak elak keracunan makanan

2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah.- elok untuk yg darah tinggi

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita jantung. - yang sakit jantung pun bagus
4. Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe .- untuk wanita atau model2 yang takut gemuk

5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang mengurangkan risiko infeksi.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.- alternatif kalau tak larat makan oat. 

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. - harus di amalkan selalu.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi ataupun degeneratif. - menyeimbangkan pengambilan gizi seharian.

9. Mencegah timbulnya hipertension. - elok untuk yang cepat marah

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.- tak perlu beli susu anlene yang mahal tu, makan tempe dah memadai.

Jadi, pada mereka yang mementingkan pemakanan seimbang. Apa pun sahaja yang kita ambil untuk pemakanan seharian seharusnya seimbang dan tidak pula berlebihan. Sekian

Jemput-Jemput Kacang Soya


Kepada sesiapa yang suka membuat air kacang soya, hampasnya janganlah di buang. Jadikan satu juadah kegemaran anak-anak...

Bahan-bahan ( 1 famili )
  • 4 senduk nasi hampas kacang soya
  • 2 biji bawang besar - hiris halus
  • 1-2 batang cili hijau - hiris halus
  • 2-3 lembar daun kari - hiris halus (atau daun sup/daun bawang)
  • 1 biji telur
  • garam secukup rasa
  • 500 g tepung gandum (jgn habiskan)
  • sedikit air jika perlu
  • Isi udang cincang,daging cincang dll...jika suka(tapi saya tk bubuh pon)

Cara-cara

  1. Satukan 6 bahan pertama dlm sebuah mangkuk dan gaul rata .
  2. Masukkan sedikit air dan gaul lagi.
  3. Masukkan pula tepung secukupnya dan gaul hingga sebati dan sehingga boleh dijemput2kan dgn hujung jari.
  4. Panaskan minyak dlm kuali dan gorenglah seperti menggoreng jemput2 biasa.
  5. Jemput2 hendaklah digoreng hingga garing supaya hampas kcg soya tak terasa mentah.
  6. Enak dimkn panas2 bersama sos cili...

LinkWithin

Adakah Anda Berpuas Hati Dengan Isi Kandungan Blog Ini?

AL BARAKAH GLOBAL FOOD INDUSTRIES.

::"Rakan Niaga Anda" www.albarakahgfi.blogspot.com::
Lot 3823, Parit 13 Sg Panjang, 45300 Sungai Besar, Selangor. MALAYSIA.
019-5566976 (Mohamad Bohari) 017-4713475 (Rosnah) e-mail:albarakahgfi@yahoo.com

© Hakcipta Terpelihara 2007

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP